loading...

Wednesday 16 August 2017

INFO VIRAL : TAK TAHAN LAGI DIGANGGU LELAKI, DATO VIDA BUAT KEPUTUSAN DEDAH WAJAH BAKAL SUAMI .




PETALING JAYA: Pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Hasmiza Othman mendedahkan beliau sudah 'dirisik' seorang jejaka kacak sehingga sanggup datang dari jauh ke kediaman jutawan kosmetik itu di Ipoh, Perak.
Jelas Vida, pertemuan dengan jejaka Eropah berusia awal 30-an itu diatur semasa sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
"Kami sudah kenal beberapa bulan. Sebelum ini kami hanya berhubung melalui telefon tapi hari raya baru-baru ini saya jemput dia untuk datang beraya di rumah.
"Terkejut jugalah sebab tak sangka dia sanggup datang dari jauh. Dah alang-alang, saya perkenalkanlah dia dengan ahli keluarga saya," katanya kepada mStar Online.
Menurut ibu kepada empat orang anak ini, lelaki tersebut sememangnya menepati segala kriteria calon suami yang diidamkan selama ini.
"Dia ada segalanya... kacak, bermata kelabu, rambut blonde, muda, bergaya dan seorang ahli perniagaan. Saya boleh katakan dia ada iras-iras David Beckham," katanya.
Bagaimanapun, Vida, 46, berkata buat masa ini mereka masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing.
"Saya enggan terburu-buru kerana masih trauma dengan perkahwinan saya yang tidak bertahan lama sebelum ini.
"Biarlah kami berkawan terlebih dahulu. Jika sudah tertulis itu jodoh saya, siapa saya untuk menolaknya," katanya.
Ketika ditanya mengenai negara kelahiran jejaka kacak itu, Vida bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
"Biarlah rahsia. Nanti bila dah sedia, saya beritahulah sayang-sayang semua," katanya.
mStar Online sebelum ini melaporkan penyanyi lagu I Am Me itu menerima sekurang-kurangnya 50 resume daripada jejaka yang meluahkan hasrat untuk memperisterikannya.
Lebih menarik, resume itu bukan sahaja diterima dalam kalangan rakyat tempatan tetapi juga dari luar negara termasuk Finland dan Scotland.
Malah sebelum ini, Vida berkata individu yang mahu menjadi calon suaminya perlulah bermata kelabu, kaya dan boleh menerima hobinya yang suka membeli-belah.





Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/08/04/vida-calon-suami/#IB67Y7YgseZTSqBp.99


BERITA VIRAL : Allah! Berita Gempar Baru Terima, Akhirnya Kehilangan Anita Terjawab! Jenazah Beliau Akhirnya Di Tuntut Keluarga.

BERITA VIRAL : Allah! Berita Gempar Baru Terima, Akhirnya Kehilangan Anita Terjawab! Jenazah Beliau Akhirnya Di Tuntut Keluarga.




sumber ; harian metro



Tuesday 8 August 2017

Kisah viral : Saya telah berkahwin dengan suami hampir 6 tahun dan mempunyai 2 orang cahaya mata... Ibu saya tinggal bersama kami.. Saya dan suami utamakan ibu tidur di kamar kami yang lengkap dan ada katil. Disitu mulalah detik-detik cemas ibu TRY suami saya...

Kisah viral : Saya telah berkahwin dengan suami hampir 6 tahun dan mempunyai 2 orang cahaya mata... Ibu saya tinggal bersama kami.. Saya dan suami utamakan ibu tidur di kamar kami yang lengkap dan ada katil. Disitu mulalah detik-detik cemas ibu TRY suami saya...











Sunday 6 August 2017

Ayah Terlantar Di Hospital, Ini Permintaan Anak Kepada Penyanyi Saleem Iklim...


Anak kepada penyanyi Saleem Iklim, Nursyafiq Farhain berharap agar orang ramai menghentikan cerita-cerita palsu terhadap kesihatan bapanya yang kini terlantar di hospital.

Jangan Cakap Benda Tak Betul: Anak Saleem

Menerusi Facebooknya, Nursyafiq berharap orang ramai menghentikan cerita yang tidak betul sebaliknya mendoakan perkara yang baik.

“Doakan yang baik-baik, cakap yang baik-baik kerana kata-kata itu doa.

“Jangan cakap benda yang tak betul kerana ia menjadi fitnah dan sia-sia bercakap tapi dapat dosa fitnah, sebaiknya diam,” tulisnya.


Sebelum ini, terdapat laporan palsu dan tuduhan liar mengatakan penyanyi lagenda itu telah meninggal dunia dan mengatakan penyakit yang dialaminya berpunca daripada pengambilan bahan terlarang.

Saleem Iklim kini ditempatkan di bawah jagaan pakar Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat jangkitan kuman.

Penyanyi itu mempunyai ketumbuhan di bahagian bawah perut sebelum ia merebak dan menyebabkan kesihatan penyanyi itu terjejas.


Dalam pada itu, Nursyafiq turut berharap agar bapanya itu cepat sembuh dan kembali memeriahkan industri hiburan.


“Sama-sama kita doakan beliau semoga cepat sembuh dan dapat mengharumkan lagi industri muzik tanah air,” katanya.
Nursyafiq yang kini bertugas sebagai anggota bomba di Balai Bomba & Penyelamat Tebrau Johor Bahru sebelum ini mendapat perhatian netizen selepas suaranya iras Saleem yang juga bapanya.





Tuesday 1 August 2017

Ini Respon Balas Lisa Surihani Setelah Anak Perempuannya Dihina Tak Lawa


Semalam, anak kepada Lis Surihani telah dihina oleh seorang individu yang mengatakan wajahnya tidak lawa.



Nampaknya komen itu tidak didiamkan sahaja oleh Lisa Surihani.


Pelakon popular tersebut telah membalas semula komen individu yang menghina anaknya itu.


Ini komen Lisa Surihani:


"Kami sebagai ibu bapa ada hak nak post gmbr apa pon bila kami nak post. Kamu ni pepandai je buat kesimpulan. 


"Anak kami mungkin tak lawa di mata kamu. And it's okay. But she has always been and will always be beautiful to our eyes and heart. She doesn't deserve your attention.



Sebelum ini, seorang individu bernama Salikin Omar telah mengatakan wajah anak pertama Lisa Surihani iaitu Yahaira Leanne tidak lawa yang menjadi punca gambarnya jarang dimuatnaik di laman media sosial.




Sumber Viral Purba http://ift.tt/2w4MzDp



Sumber : Siakap Kelisa http://ift.tt/2vOuXMz