loading...

Wednesday 19 July 2017

Filled Under:

AKU SEORANG PEREMPUAN KASAR DIKAHWINKAN DENGAN LELAKI LEMBUT.. APA YANG BERLAKU PADA MALAM PERTAMA MEMBUATKAN AKU BERASA SAKIT …….

Assalammualaikum admin, harap2 cerita aku ni dapatlah disiarkan, kalau takdisiarkan takpe lah bukan rezeki aku mungkin. Minta tolong hide kan profile ya, maaf tapi cerita ni panjang sikit, dan harap warga krt dapat bagi pendapat ttg masalah aku ni.. dan masa aku menaip ni aku tengah menangis emosi jadi harap korang faham apa yg aku cuba sampaikan.. Dia bukan suami pilihan ku..




Aku ada seorang suami, bukan.. bukan sekadar suami, tapi dia lah suami, dia lah abang, dia lah kawan, dia juga lah kawan baik. Kisah dia macam ni, aku baru lepas habis degree.. tak dinafikan aku teruk, sangat teruk sewaktu belajar.. boleh dikatakan culture shock lah, yelah sebab dari aku sekolag rendah sampai lah ke upper 6 mama dan daddy sangat bataskan pergaulan aku, nak keluar dengan kawan2 pun kadang 6 bulan sekali sampaikan aku rasa aku boleh kira berapa orang je kawan2 aku waktu sekolah menengah, ramai taknak berkawan dengan aku, tak best katanya takboleh buat partner weekend.
Aku sabar, sampai lah aku further degree aku dapat duduk rumah sewa. Mula2 macam biasa je sebab tak kenal lagi kan budak2 dekat U, lama2 aku jadi makin liar makin teruk, aku hisap rokok aku keluar malam pagi baru balik, aku pernah jugak terfikir nak ambil ganja tapi Alhamdulillah Allah masih lindung aku dari perbuatan yg satu ni, aku mengaku aku lebih ramai kawan lelaki berbanding perempuan sbb aku jenis yang kasar.
Dan bila kau lebih banyak kawan lelaki mesti lah lebih senang terpengaruh. Tapi sampai sekarang aku bersyukur, bersyukur sebab Allah masih sayangkan aku.. dia jauhkan aku dari zina.. Aku tau Allah sayangkan aku, mama and daddy? Takyah cakap lah, dorang kecewa sangat dengan aku terutamanya daddy sebab aku satu2 nya anak perempuan and paling manja dengan daddy, pernah daddy tak bercakap dengan aku sepanjang cuti sem sebab betul2 kecewa.. ya allah teruknya aku waktu tu, kalau lah aku mati waktu tu sia2 je takdapat kemaafan dari ayah aku sendiri..
okay cut to short, one day ada sorang mamat ni datang melamar aku yang mana aku taktau pun dia datang melamar sbb takde siapa pun bagitau aku. Tup tup sebulan nak kahwin baru mama and daddy bagitau aku tu pun sbb maklong, makngah,makcu aku asyik datang sbb nak plan itu ini untuk wedding aku nanti.
Kau bayangkan admin waktu tu ya allah gelap aku rasa dunia aku, aku taknak kahwin ofcourse sbb aku takkenal siapa langsung bakal suami aku tu, bila aku tanya mama and daddy dorang cakap nanti aku tau juga. Memang lah nanti aku akan tau, tapi buatnya mamat tu tak memenuhi citarasa aku macam mana? Aku paling tak suka lelaki putih! Yes, aku suka yg gelap2 sikit kalau putih2 ni buat kerja skkit muka jadi pink, tah apa apa.
So alasan mama and daddy terima dia adalah disebabkan dorang taknak tengok aku lebih jauh terpesong, dorang rasa bila aku kahwin aku akan lebih bertanggungjawab. Aku menangis, aku taknak. Aku masih muda, kerja pun baru sebulan dua, masih merangkak nak kumpul aset sendiri. Tapi.. disebabkan aku sayang kedua syurga aku ni, aku terima jugak apa yg terjadi.. aku muhasabah diri, aku tau perancangan Allah adalah sebaik2 rancangan.. so tiba lah hari akad nikah, aku punya overwhelming nak tau siapa bakal suami aku tu aku boleh pengsan kejap sebelum nikah sbb adik aku tak cover punya mulut ,dia taktau parents aku tak bagi kasi tau siapa bakal suami aku so dia pun cerita lah ..
Rupa nya bakal suami aku is anak family angkat aku sendiri, family angkat aku ni kira rapat dgn family aku. Kira parents bakal suami aku ni dah mcm adik beradik lah dengan parents aku. So aku pendekkan cerita kitaorg pun kahwin.. mula2 semuanya oky sbb seminggu tu kitaorg duduk rumah family lagi, time nak tidur tu pandai2 lah aku adjust supaya tak masuk bilik sama timing dgn dia and aku akn pastikan dia tidur dulu. Tapi lepas seminggu kitaorg balik rumah dia, waktu ni.. aku dah menangis2, dia tanya kenapa? Aku cakap aku tak biasa, aku taknak pun kahwin sebenarnya.. aku tanya dia kenapa buat aku macam ni sedangkan kitaorg membesar sama2..
tak mungkin dia cintakan aku.. dia tarik nafas panjang and dia lepas, lepastu dia cakap jangan risau dia dah asingkan bilik, maksudnya aku takkan sebilik dengan dia.. aku punya lah happy waktu tu sampai tertumbuk dia.. hahaha, lepastu dia sambung lagi..
Sebenarnya ni daddy aku yang nak, dia nak aku belajar bertanggungjawab bila dah kahwin, daddy yakin suami aku mampu ubah aku.. tapi aku takboleh berhenti nangis, aku bygkan hidup sebagai isteri org mesti terbatas segalanya.. tiba2 dia cakap.. takpa, kita cuba setahun je.. kalau setahun aku tak jatuh cinta dengan dia aku boleh mintak dia lepaskan aku.. aku terkedu, betul ke ni? Dia cakap betul tapi dia siap ckp tak mungkin aku takkan jatuh cinta dengan dia siap buat muka bangga lagi hahahaha aku masih ingat lagi muka dia waktu tu.. so kitaorg pun lalui hidup macam biasa.
Dia suami yg baik, tak susah pun aku nak selesa dgn dia sbb dia sgt masuk dgn flow aku, contohnya aku dengan dia gunakan ganti nama diri “kau,aku” sbb aku tak biasa nak ber abg abg ni, dia faham cuma depan family je kami tukar saya awak. Hipokrit kan? Hahaha, ouh dia tak pernah sentuh aku lagi sampai lah sekarang, dia kata mana mungkin dia sentuh aku bilamana aku tak cinta kan dia, perbuatan tu sama je macam merogol walaupun aku ni sah bagi dia. Dia mmg baik min, dia tolong aku buat kerja rumah tapi kadang tu adalah membebel macam makcik2 kalau dia penat, aku layankan je.
Hari biasa memang dia agak busy tapi lepas balik dari office dia mmg akn lekat dkt rumah je, weekend pun kdg2 je dia keluar itupun kalau dia keluar lepak dengan kawan2 dia pun bila dah sampai destinasi dia melepak tu dia akam share location kat aku, aku tak mintak pun sbb aku percaya dia, tapi dia bagi alasan kot2 lah dia terhantuk dinding lepastu hilang ingatan lepastu sesat kan atleast aku tau dia ada kat mana.
Pelik2 je alasan kau encik suami oii. Dia ni lembut sikit, tapi bukan lah lembut yg jenis pakai pink apa semua tu. Elok je pakai baju lelaki cuma mmg perwatakan dia lembut, kitaorg ada transport masing2 which is dia pakai kereta aku pakai motor, tiap pagi mesti bebel2 kt aku dia ckp biar dia hantar gi kerja bahaya aku naik motor, dah tu nak buat macam mana jiwa aku lebih kepada fresh air dari aircond. So tiap hari aku tolak, esok kena dengar lagi lah dia membebel. Dia ni takut naik motor sebab trauma kaki dia pernah masuk besi sbb accident motor dengan abg dia, so aku pun suka lah sakat dia.
Tiap kali weekend aku suka jalan2 dengan dia naik motor aku, jalan2 dalam taman jelah. Punya lah susah min nak paksa dia naik motor, macam2 mentera, janji manis, ayat jiwang aku bagi kat dia last2 aku terpaksa guna ayat “kalau kau sayang aku baik kau naik sekarang” baru lah dia nak naik, tu pun buat muka terpaksa. Nak naik punya susah tu satu hal, dah naik boleh pulak dia duduk ala2 waktu makpak kita bercinta dulu2 naik vespa dulu, dia duduk terkepit. Dia punya alasan taknak duduk kangkang is sbb kalau nak accident nanti senang dia lompat je. Aku paksa dia duduk kangkang dia ugut balik aku kalau aku paksa dia taknak naik dah dengan aku.
Aku pun terpaksa lah bawak mamat sorang ni dengan terkepit mcm tu, malu oiii makcik2 dalam taman ni pandang. Dah lah dia jenis peramah, elok makcik2 ahli mesyuarat tingkap tu tak nampak dia boleh pergi jerit siap lambai lagi kt dorang, kau ingat kau model ke encik suami oii? Tapi akhirnya dia mengalah jugak untuk duduk kangkang sbb aku sengaja langgar bonggol tak break, dia cakap sakit bontot lepastu mcm nak terjatuh. Hahahaha, tapi dia siap bagi syarat lagi kalau aku nak accident bagitau dia so dia boleh lompat cepat2 apa punya syarat lah aku pun takfaham, ada ke org tau bila masa dia nak accident. Tapi aku ckp kt dia “kalau nak accident aku tak bagitau kau, aku biar kita accident sama2 baru lah sweet sehidup semati” chia chia chia.
Punya lah sweet aku cakap mcm tu dia boleh ugut, kalau nak tengok motor aku ni pecah aku try lah buat mcm tu, oky!
Ni aku takberani, sbb dia jenis kalau cakap dia buat, pernah sekali dia takbagi aku pakai satu baju kesayangan aku ni, alasan dia sbb baju tu dah lusuh tapi dia tak kesah sangat dah lusuh tu cumanya baju tu nampak body shape tak manis jiran tengok. Aku pun ya kan jelah, tapi satu hari tu aku terlupa aku pakai jugak lepastu elok je keluar rumah buang sampah, aku tak sangka dia tangkap gambar aku senyap2 esoknya tu dia balik office lebih awal dari aku lepastu dia hantar gambar yg dia tangkap tu then dia siap sent pic baju kesayangan aku tu sebelum & selepas dibakar.
Huhuhu menangis aku, marah punya pasal aku block dia kt whatsapp 24jam HAHA. Tapi.. kebahagiaan tu tak kekal lama, minggu lepas kitaorg tengah lepak santai depan rumah, tiba2 dia ckp tak sangka lagi 3bulan kitaorg dah genap setahun, tapi dia masih belum boleh buat aku jatuh cinta dgn dia.. aku terkedu, ya.. bulan 10 ni genap lah kitaorg setahun, tapi aku takpernah fikir pun nak minta dia lepaskan aku.. sbb aku bahagia, bahagia sangat dengan dia.. betul lah apa mama aku ckp, bercinta lepas nikah tu lebih indah.. walaupun kitaorg tak dikira mcm bercinta tapi aku bahagia dengan dia, dia ubah aku min, dari freehair ke bertudung, dari solat on off terus teratur, dari segi tanggungjawab aku sebagai wanita.. macam2 min, dari minggu lepas dia asyik bagi ayat kias2 mcm dia nak sangat cepat lepaskan aku.. tapi semalam, Ayat dia yg semalam buat aku betul2 terasa, waktu tu kitaorg tengah dinner.. tiba2 dia cakap “haih lamanya bulan 10, dah taksabar ni” , aku okay lagi yg ni.. masa aku tengah lepak tengok tv dengan dia, dia cakap “kalau lepasni aku jumpa peganti kau, aku nak guna kata ganti nama diri kau aku jugak lah, selesa” ya allah min, aku tak terfikir pun lepasni akan ada orang mampu ganti dia tapi dia dah fikir sampai jauh tu, dia seolah2 nak bagitau aku yg dia tak sabar nak lepaskan aku.. sakitnya rasa ni, sangat2 sakit.. lepastu tadi aku bagitau dia lepasni kalau kitaorg dah takde apa2 aku nak futhee study dekat china.. dia pandang aku lama, aku pun harap dia halang aku, atau maybe dia akan cakap jangan sambung jauh2 nanti rindu.. sbb lepastu aku nak mengaku yg aku dah jatuh cinta dengan dia, tapi dia boleh ckp “china tu dekat sgt boleh ulang alik malaysia lagi, cuba sambung jauh sikit mcm kt australia ke, moscow ke so takde lah aku terserempak dengan kau bila kau balik malaysia sbb kalau kau sambung jauh2 percentage untuk kau kerap balik malaysia tu rendah” .
Ya allah ni mmg aku taktahan terus aku naik atas masuk bilik and nangis, ya aku tengah menaip sambil menangis sekarang ni.. aku taknak hilang dia, dia cinta pertama aku.. cinta yg takkan pernah aku sesal, aku masih perlukan dia sebagai pemimpin aku, masih perlukan dia sebagai imam aku.. aku cuba nak bagitau dia yg aku dah mula cintakan dia.. tapi tiap kali tu dia buat aku rasa macam aku dah takpenting dalam hidup dia.. tolong lah aku warga krt, patut ke aku luahkan rasa ni sbb aku takut aku bertepuk sebelah tangan memandangkan dia mcm takde perasaan dekat aku.. mcm mna kalau lepas aku luah dia ckp dia taknak bersama aku lagi? Mcm mna kalau dia tolak cinta aku? Tolongg lah aku perlukan pendapat.. ya dia bukan suami pilihan aku, tapi dia.. suami yang terbaik bagi aku..
Sumber : KRT via supermario16.com & Viralicious




0 comments:

Post a Comment