loading...

Tuesday 31 January 2017

MARAH Bagi Burger Pada Polis Dulu. Apa Penjual Burger Ni Bagitau Buat Pelanggan Lain TERDIAM !!!

“Apa ni bang! Kenapa buat si anjing-anjing tu punya dulu? Siap abang buat dorang punya semua lebih. Dah la dorang tak bayar!” kata seorang pelanggan yang dari tadi menunggu di atas motorsikal, meluahkan ketidakpuashatiannya.




Aku melabuhkan punggung di atas batas batu di kaki lima 7-Eleven. Street food paling sedap kalau dinikmati di tempat ia disediakan; iaitu di tepi jalan. Kalau makan di tengah jalan, itu namanya gonjol. 

Sewaktu aku keluarkan bekas polisterin yang tertulis “DDS” daripada plastik, kelihatan sebuah kereta polis peronda menghampiri gerai beger di mana aku beli beger daging double special ni tadi.

“Alamak, awal pula hari ni. Selalu pukul 10 baru sampai. Tak siap lagi ni.” ujar si peniaga beger.

“OK. Kami pergi ronda dulu. Sekejap lagi kami datang balik” balas salah seorang abang polis di dalam peronda tersebut sebelum beredar.

Regular customer kot.

Macam lipas kudung peniaga beger tu siapkan tempahan polis-polis tadi. 2 beger daging, 2 beger ayam. Aku perasan dia sapu mentega lebih banyak daripada beger-beger dia buat sebelum ni. Tomato 2 potong, sayur berimbun, senang cerita segala ramuan lebih banyak daripada biasa.

5 minit kemudian, peronda tadi kembali lagi.

“Nah! Kirim salam pada dorang semua” kata peniaga beger itu sambil hulurkan beger ke tingkap kereta peronda yang terbuka luas.

Setelah peronda itu beredar, peniaga tadi sambung semula siapkan tempahan para pembeli yang sudah lama menunggu.

“Apa ni bang! Kenapa buat si anjing-anjing tu punya dulu? Siap abang buat dorang punya semua lebih. Dah la dorang tak bayar!” kata seorang pelanggan yang dari tadi menunggu di atas motorsikal, meluahkan ketidakpuashatiannya.

“Tu la pasal! Jangan bagi muka sangat!” tambah si pembonceng kepada pelanggan tadi.

“Korang pun nak macam dorang punya ke? Boleh. Aku belanja. Tak payah marah-marah.” respon si peniaga.

“Eh, tak payah, bang. Kitorang bukan kaki pow macam dorang”

“Dorang bukan pow aku. Dorang tolong aku je” si peniaga menidakkan tuduhan itu.

“Kalau bukan pow, tadi tu apa? Bayaran perlindungan?”

“MashaAllah! Apa korang merepek ni? Beger tadi tu bukan untuk doranglah. Bini aku sakit, dia dekat hospital. Kat rumah tak ada orang masak. So, beberapa hari ni aku minta tolong polis-polis tu hantarkan makanan kat anak-anak aku kat rumah.”

Jeng jeng jeng!

Terus berubah muka dua orang pelanggan tadi. Kalau aku jadi dorang, aku tak tunggu beger aku siap. Aku bayar, pastu terus naik motor, chow balik rumah, cebur muka dalam mangkuk tandas, lepas tu flush!

Lain kali jangan main serkap jarang. Jangan tuduh melulu. Apa yang kita nampak, mungkin hanya sebahagian daripada apa yang berlaku. Jadi, jangan cepat sangat buat kesimpulan, terutamanya kalau ia melibatkan perkara-perkara buruk.

Anggota-anggota polis tadi menjalankan tugas mereka dengan baik, menghulurkan bantuan kepada komuniti, tapi dituduh pula tidak berintegriti kerana memeras ugut. Malah, digelar anjing pula.

Bukan semua anggota PDRM tu Unit K9, tau!

Tak apa abang-abang polis. Selagi korang “Tegas , Adil dan Berhemah”, aku dan rakyat Malaysia akan doakan korang sentiasa dirahmati Allah.

Drama dah habis, aku pun bangkit dari tempat duduk. Terkejut aku tengok beger DDS aku tadi dah bertukar jadi popcorn. Bila masa aku beli bertih jagung, Tuhan je tahu.

Sumber : Kamarul Ariffin Nor Sadan



"Lepas Habis Urut, Saya Dan Suami Siap² Untuk Pulang. Semasa Nak Pakai Selipar Aku Ternampak......"

Hari tu aku dan suami ke sebuah pusat urut sebab penat urut suami maklumlah suami ahli sukan jadi tiap² malam kena urut. Bila masuk pusat tu nampak pelik ja. Selepas selesai semua kami siap² nak balik. Aku terpandang sesuatu yang aku tak sangka, rupa²nya suami aku tadi di urut oleh....

“Lepas Habis Urut, Saya Dan Suami Siap² Untuk Pulang. Semasa Nak Pakai Selipar Aku Ternampak……” | Bila dari hari Isnin hingga ke Jumaat kita penat bekerja, kita mesti ambil satu hari untuk manjakan diri. Antara aktiviti yang boleh hilangkan penat ialah baring sambil tengok movie kat bilik, tidur sehari tak payah keluar rumah langsung dan pergi mengurut. Fuhh mengurut tu feeling dia lain macam. Memang rasa fresh setiap kali lepas urut.. Tapi urut badan, kepala dan kaki ehh.. Bukan benda lain.



Cakap pasal mengurut, kami dapat kiriman emel dari seorang isteri menceritakan pengalaman sakit hati, tak dapat dilupakan bila dia pergi mengurut dengan suaminya di satu tempat urut bertemakan bali ni.. Alamak..

Ingin cerita pengalaman paling ‘sakit hati’ berurut

Saya ingin berkongsi pengalaman saya berurut di salah sebuah pusat urut yang bertemakan konsep bali bersama suami saya. Tujuan saya berkongsi cerita adalah untuk mengingat dan menasihatkan kepada semua kaum wanita yg berstatus isteri, tunang, gf atau apa2 pun status anda. Untuk pengetahuan semua, suami saya adalah seorang ahli sukan. dia selalu minta saya urut malam2 sebelum tido. Tapi saya pun seorang isteri yang berkerja. So saya pun penat gak nak urut dia tiap2 malam. Sape cakap mengurut ni tak penat?? dengan badan suami yang berotot lagi (keras sebab bersukan). Penat weiiii.. Dia selalu mengadu dia sakit2 badan kebelakangan nie. Dia ajak saya mengurut di pusat urut. sebelum ni kami memang biasa mengurut di Ampang, area rumah mak mertua, sebab suami memang orang sana. yg mengurut suami pun lelaki la.

Biasanya suami je yang selalu mengurut badan, kalau saya teman pun urut kaki jela.. Sejak berpindah rumah sendiri ni kami pun tak tau tempat nak mengurut. Disebabkan kami selalu shopping barang dapur di tesco. Kami pun nampak lah satu pusat urut di dalam tu.. Malangnya pusat urut tersebut tidak lagi menerima pelanggan kerana time tu dah pukul 8.30 mlm. Katanya pelanggan yang booking dah penuh. Rasanya saya sudah pergi ke pusat urut tersebut sebanyak 3 kali (selalu pergi selepas shopping barang dapur) namun masih tidak pernah mendapat khidmat mereka kerana selalu full. Pusat urut ni ada mengurut lelaki mahupun perempuan. Perempuan yang urut perempuan la.. laki yang urutnya laki la. Sebabkn dah full saya pun suruhlah suami google pusat urut yang lain.. lepas dah goggle, jumpa lah satu pusat urut ni. Suami pun suruh saya call tempat tu.. Lepas dah tau lokasi saya dan suami pergi la kesana. Berapa minit je dengan pusat urut yang pertama tadi.

Kedai urut nampak lain macam..

Keluar je kereta saya tengok pusat urut tu.. macam scary je.. Pusat urut tu di tingkat dua bangunan kedai. Konsep pusat urut tu ala2 Bali. Kami pun masuklah. Kami berdua masing2 urut badan.. Dah bayar apa semua saya tanya la yang urut suami siapa? orang kaunter (perempuan) tu cakap perempuan. Saya pun tergaman sekejap.. Suami pun serba salah.. dah bayar kan.. Tp tak fikir negetif sebab pusat urut ni maybe yang jenis professional (dalam kepala otak pikir staff yang urut pakai uniform mcm maid2 org kaya dalam cerita2 tv tu kot, pakai sarung tangan plastik yang orang selalu jual makanan tu pakai dan bagi pelanggan pakai baju yang sepatutnya la time urut, sebab saya ni tak pernah urut badan dan tak pernah pergi tempat2 urut mcm nie) time tu rase saya ni kena open minded sikit la.. Saya berkali2 pesan kepada orang kaunter tu supaya bagi suami tukang urut yang jenis urut kuat (dalam hati supaya suami dapat yang makcik2 dan gempal2 sikit.. hehe) lagi pun suami memang selalu komplen yang saya urut tak rasa. Sebab kan kami ni urut secara couple..

Lepas dah habis urut, pergi ke tempat suami pula lepas tu..

So orang kaunter tu ajak kami pergi ke tingkat 3.. dia tunjuk tempat urut kami.. Suami dan saya sebelah2 je.. yang pisahkan kami hanya lah langsir. nak cakap bilik pun tak jugak.. sebab dia macam pentas kayu, ada langsir, tilam single, bantal, kena bukak kasut dan towel je). Tingkat atas tu semua konsep urut dia mcm nie. lepas kami dah salin baju semua ade orang ketuk dari luar (bagi isyarat yang dia nak masuk la) sekali bila tukang urut tu masuk tengok2 memang bukan macam apa yang saya bayangkan.. Dia pakai seluar jeans pendek, baju kemeja lengan pendek yang had ketiak tu, muda dan putih.. bajet2 saya rumah tukang urut ni dalam lingkungan baya2 saya 25 tahun.. Saya diam lagi.. Dalam pikiran maybe suami dapat yang macam saya pikirkan tadi.. kami urut sejam.. tukang urut tu urut biasa2 je.. sempat la sembang dengan dia, ni keje full time dia ke? asal mana? dia dah kawin ke? suami mana? umur berapa? Dia cakap ni memang keje full time dia, asal Champa, ada anak 2 orang tapi takde suami (so korang boleh pikir kot mana dia dapat anak tu) umur dia 31 tahun.. Tapi kalau korang tengok pun tak macam 31 tahun weeeiiiii.. badan dia pun kecik molek je..

lepas dah habis urut, saya dengan suami pun siap2 la.. turun dari pentas kayu (tempat urut tu) nak pakai sliper saya tengok tempat urut suami ade kasut tumit tinggi warna hitam dalam size 4 kat luar. Dalam hati dah menggelegak dah, menyumpah2 dah.. jalan depan sikit nak ke pintu untuk turun ke bawah tengok ade tukang urut yang urut badan saya tadi dan sebelah dia seorang perempuan pakai dress hitam bapak pendek punya (kalau dia tonggeng kompem nampak seluar dalam dia) saya pun anggap perempuan tu yang urut suami.. ‘Bab1’ betul.. ini tukang urut yang dia bagi urut laki aku??? Aku rasa diorang nie memang ada buat ‘extra service’ kalau mane2 jantan yang mintak tu.. Korang bayang kan la.. Kalau urut kat katil urut tu takpe lagi.. Ni urut kat atas tilam single atas pentas kayu takde katil.. Kompem2 la kena panjat badan bile nak urut bagai.. korang pun boleh fikir kan.. shit betul.. aku dah tarik muka dah dengan suami.. tukang urut tu dua2 senyum kat kami time nak turun tu.. otw balik memang tukar silent mode dengan suami..

‘Memang tak la lepas ni nak urut mana-mana main terjah je’


Memang hati mengelegak betul..Suami tanya2 gak kenape aku senyap.. Aku tau dia tau kenape aku tarik muka.. Tapi saje je buat2 tanya lagi.. Muka suami dah serba salah.. kalau aku bukak mulut kompem2 perang besar.. baik aku diam dulu.. Tak pasal2 aku tido dalam hati yang sakit amat2 bagai di hiris2 je.. Tapi bila pikir balik bukan la salah laki ak 100% pun.. aku yang bajet2 nak open minded sangat.. hamik kau.. Memang tak la lepas ni nak urut mane2 main terjah je.. So, kesimpulan nya kepada kaum hawa semua.. Kalau2 cik abg uolls tu nk gi urut elok dan lebih afdal sekiranya korang tau kat mana, dengan siapa, dan tau mcm mana servis tempat urut tu.. Ngarut je urut2 babi nie.. Eh urut bali ni.. Tersasul pulak.. hehe..

Tapi sebaik2 alam semesta kalau korang pergi teman sekali. Tak la aku cakap semua pusat urut tu tipu.. tapi eloknya kalau korang pikir sempit sikit mcm aku. Sempit tak sempit.. Kalau aku tau laki aku pergi tempat2 macam tu lagi memang aku terajang dia dengan tukang2 urut dia sekali.. kalau pergi dengan kawan pun dengan kawan2 dia aku terajang.. so kena extra careful lepas ni sebab aku rasa memang bersepah je pusat urut yang mcm nie kt KL nie.. Jangan cepat sangat percaya kan laki2 anda.. hahaha.. cukup la kami dah terkena sekali.. kalau korang nak rasa pedih dan sakit yang aku rasa sekarang nie boleh la try even laki aku tak bersalah dalam cerita ni.. sakit bebbbb….


Pelik Tabiat Nenek Ni Suka Jilat Mata..Apa Jadi Kat Mata Lepas Tu MENGEJUTKAN !!!

Seorang wanita tua ini akan menjilat bola mata orang. Ramai pelik dengan kelakuan wanita itu hingga ramai orang berkunjung ke rumahnya, ada juga yang datang dari luar negara. Puncanya memang luar biasa...ada 5 gambar.

Pelik Tabiat Nenek Ni Suka Jilat Mata..Apa Jadi Kat Mata Lepas Tu MENGEJUTKAN !!! |Seorang wanita warga emas, Hava Celebic menjadi popular di sebuah perkampungan di Crnjevo, utara Bosnia selepas dia dikatakan mempunyai keistimewaan menyembuhkan penyakit mata dengan hanya menjilat bola mata pesakit.



Hana atau dikenali Nana Hava, dikatakan telah menyembutkan kira-kira 5,000 orang yang mengalami sakit mata menggunakan teknik pelik itu.
Wanita berusia 80 tahun itu mendakwa, dia merupakan satu-satunya individu di dunia ini yang memiliki keistimewaan tersebut dan mengenakan caj 10 euro (RM47) kepada pesakitnya.
Menerusi rawatannya itu, Nana Hava akan berkumuh terlebih dahulu menggunakan alkohol sebelum menjilat bola mata pesakit untuk membuang serpihan besi, habuk atau kaca yang mengganggu deria penglihatan pesakitnya.
“Saya mempelajari teknik ini daripada seorang wanita yang juga dikenali sebagai Hava.
“Namun saya gagal mewarisi kemahiran ini kepada pewaris saya kerana mereka berasa jijik untuk meletakkan lidah mereka pada mata orang lain.
“Saya juga mahu lidah saya dipotong apabila mati nanti supaya organ ini dapat membantu orang lain,” katanya.
Lebih menakjubkan, pesakit Nana Hava bukan sahaja dalam kalangan penduduk tempatan tetapi ada yang sanggup datang dari Amerika dan Rusia untuk mendapatkan rawatan unik itu.
“Banyak perubatan moden yang tidak membantu meringankan derita pesakit sedangkan mereka dikenakan kos yang mahal.
“Saya tidak akan mengenakan caj kepada pesakit yang tidak bekerja atau tidak mempunyai wang,” katanya. – mStar










Disebabkan Call Tak Berjawab. Suami TERKEJUT Besar Bila Periksa Telefon ISTERI. RUPANYA…

Disebabkan Call Tak Berjawab. Suami TERKEJUT Besar Bila Periksa Telefon ISTERI. RUPANYA…









Monday 30 January 2017

9 Perkara Pelik Ini Hanya Ada Di Jepun Sahaja!

Jepun memang terkenal dengan perkara pelik. Bukan sahaja pelik, tapi kadang-kadang tak boleh terima akal. Mengarut sangat!
Kami senaraikan 15 perkara yang anda hanya dapat kihat di Jepun sahaja, memang tiada di negara lain.

1. Jalan tiada nama


Jangan terkejut. Memang betul! Di Jepun, memang susah nak cari papan tanda untuk nama jalan. Memang terpaksa tanya orang, kalau tak memang sesat.

2. Sewa tetamu perkahwinan

Ini merupakan salah satu kerjaya di sana ialah dengan menyediakan perkhidmatan sewa tetamu perkahwinan. Hanya perlu bayar jika perlukan tetamu untuk perkahwinan. Memang pelik!

3. Cuddle Kafe

Kisah ini pernah jadi viral pada tahun 2012 dan masih lagi diteruskan. Mereka yang kesunyian boleh datang ke sini untuk mendapatkan pelukan. Tapi untuk hubungan intim dilarang sama sekali.



4. Anak angkat orang dewasa



Selalunya kalau nak ambil anak angkat sejak dari bayi lagi. Tetapi di sana, orang dewasa boleh dijadikan anak angkat. Biasanya, untuk mewarisi perniagaan bagi mereka yang tiada anak.

5. Bos galakkan tidur di tempat kerja


Di Jepun, mereka hidup untuk bekerja. Kadang-kadang perlu bekerja sehingga 19 jam. Jadi, di waktu siang, majikan akan benarkan pekerja untuk tidur di meja.

6. Mesin untuk tangkap udang hidup


Selalunya kalau nak makan udang perlu pergi ke pasar. Tapi di sana siap ada mesin layan diri untuk tangkap udang hidup.

7. Punggung wanita disana lain dari yang lain

Wanita Jepun biasanya tidak mempunyai bentuk badan dan tiada punggung. Jadi, untuk nampak menarik, mereka akan letakkan sesuatu pada punggung mereka.

8. Mereka tidak menerima tip servis

Jepun terkenal dengan adab sopan santun. Negara lain akan berikan tip untuk setiap servis. Tetapi di Jepun, mereka tidak akan menerima sebarang tip.

9. Wujud pekerjaan tolak penumpang



Walaupun Kau Duit Banyak, Kau Takkan Mampu Beli Kepercayaan Isteri Yang Kau Telah Khianati'




Guys, jadilah lelaki sejati. Kalau sudah beristeri, janganlah berlagak kau single macam abang ni dan tolonglah sedar diri. Mata itu jangan nakal, perangai tu cuba matang sikit. Janganlah hati kau punya isteri. Nanti abang ngorat, tahu pula kau mengamuk dan meroyan bagai. Sayang juga kau pada isteri. Hihihi!
Jangan biarkan perasaan cemburu kau menguasai diri. Kenal kawan-kawan isteri, tunang atau girlfriend kau personally. Kenal hati budi. Bukan apa, abang tka nak kau jatuh syak atau berprasangka buruk di belakang hari. Kau sebagai suami, tunang atau boyfriend, kau lebih kenal pasangan kau totally. Apa yang kau nak sangsi lagi atau sebenarnya kau yang... faham-faham sendiri.
Tolong off bluetooth, jangan nak searching saja di belakang isteri. Tolong on WhatsApp (no need to private), biar nampak kau punya last seen. Mengerti? Zaman sekarang ini, macam-macam boleh terjadi. 
Abang lelaki, abang tahu batas-batas berkawan dengan orang punya isteri, tunang atau girlfriend. So don't worry, abang bukan jenis suka ambil bekas atau hak orang ini. Ramai lagi anak dara di luar duk tunggu. Ingat market abang tak tinggi? 
Pada yang sudah bergelar ayah, jagalah anak anugerah dari Allah itu seperti kau menjaga nyawa kau sendiri. Jangan kau serahkan tugas 100% pada isteri. Tahu kau sibuk mencari rezeki, abang faham sebab abang pun sama spesis dengan kau, lelaki. Tetapi sesekali tak salah kan kau ambil atau gantikan tempat isteri untuk melayan anak-anak hasil ciptaan kau sendiri sebagai lelaki dan suami. Jangan tahu nak sedap saja sebab abang pun tak dapat-dapat lagi.
Jadi, tolonglah bro. Tolong hargai mereka. Ingat, walaupun kau ada banyak duit, ada kereta mewah, pangkat besar, percayalah kau tak akan mampu ganti atau beli kepercayaan dan kasih sayang yang sudah kau khianati


Sunday 29 January 2017

Video : Budak 3 Tahun Ni MENANGIS Tak Henti2. Apa Doktor Jumpa Dalam Hidungnya Sgt MENGEJUTKAN !!!

Dia menangis sepanjang malam tak tidur. Siap mengadu sakit kepala lagi. Ibu bapa mana tak risau kan. Allah Allah Allah. Pi jumpa doktor. Doktor check rupa2nya kat dalam hidung dia ada........ Ish tak sangka betul. Korang tengok sendiri........


Budak perempuan 3 tahun ni tak boleh tidur waktu malam dan asyik-asyik menangis je. Akhirnya mak bapak dia mengalah dan bawa di pergi klinik.



Doktor guna alat dipanggil Neti Pot. Sangat terkenal kat luar negara. Doktor cuba sedut hingus dan kahak budak tu. Korang mesti terkejut apabila jumpa. Tu diaaaaaaaaaa. Selambak hingus dan kahak. Tak dapat bayang budak kecil ni punyai hingus yang sangat banyak tersangkut di dalam. Patut la takleh tidur. Huhuhu. Boleh tengok video cara doktor tu rawat guna Neti Pot kat bawah ni. KREDIT HEALTHY FOOD TEAM.





VIDEO : SAMBIL TUNGGU WAKTU SEMBAHYANG JEMAAH TERTIDUR..BILA AZAN BERKUMANDANG JEMAAH MISTERI INI BELUM BANGUN LAGI..TIBA-TIBA ALLAH TURUNKAN SEKOR KUCING UNTUK MENGEJUTKAN JEMAAH INI..SEBENARNYA INI YG BERLAKU



VIDEO : SAMBIL TUNGGU WAKTU SEMBAHYANG JEMAAH TERTIDUR..BILA AZAN BERKUMANDANG JEMAAH MISTERI INI BELUM BANGUN LAGI..TIBA-TIBA ALLAH TURUNKAN SEKOR KUCING UNTUK MENGEJUTKAN JEMAAH INI..SEBENARNYA INI YG BERLAKU...






AKU DIPINANG OLEH ISTERI PERTAMA SUAMI. SELEPAS 2 MINGGU KAHWIN, TAK SANGKA INILAH NIAT MEREKA AMBIL AKU JADI ISTERI KEDUA !!!

AKU DIPINANG OLEH ISTERI PERTAMA SUAMI. SELEPAS 2 MINGGU KAHWIN, TAK SANGKA INILAH NIAT MEREKA AMBIL AKU JADI ISTERI KEDUA !!!












Saturday 28 January 2017

Terlupa Bawa Kad ATM? Inilah Cara Keluarkan Duit Anda di Mesin ATM Tanpa Kad Yang Ramai Tak Tahu !!!

Situasi ini sememangnya kadangkala boleh berlaku oleh sesiapa pun. Admin sendiri pun pernah tertinggal kad ATM bila nak keluar beli barang, sampai kat super market tahu-tahu kad tertinggal kat rumah. Aduh, satu hal juga lah nak patah balik ambil kad.